Konsert Grand Tour: The Classic (siri jelajah konsert)

Konsert Seoul

Jadual konsert telah diumumkan pertama kali pada bulan Januari 2013, menyatakan Shinhwa akan meneruskan aktiviti muzik sebagai satu kumpulan dengan pelancaran album studio kesebelas mereka dan konsert ulangtahun ke-15 pada Mac.[5][6] Pada 30 Januari, maklumat mengenai tiket dan video pendek telah dilancarkan.[7][8] Bagi meraikan ulangtahun ke-15, satu pertandingan pameran gambar Shinhwa 15th Anniversary Photo Exhibition Contest telah diadakan sebelum jadual konsert bermula. Pameran ini mengandungi gambar-gambar kenangan Shinhwa dan saat-saat penting sejak debut mereka pada 1998, serta 15 item kenang-kenangan yang dihantar oleh para peminat, dengan setiap orang menerima hadiah berupa salinan album ke-11 Shinhwa yang telah ditandatangani.[9]

Pada 13 Februari 2013, tiket untuk dua hari konsert ulang tahun ke-15 di Seoul telah mula dijual, dengan harga diantara ₩66,000 hingga ₩143,000. Ia telah disertai oleh video pendek kedua, di mana ahli-ahli mengenang kembali fesyen zaman 90-an, mengadakan persembahan sebagai idol veteran, kelab peminat mereka Shinhwa Changjo, siri jelajah konsert yang bakal menjelang dan persahabatan selama 15 tahun.[10][11] 25,000 tiket habis terjual dalam masa lima minit dilancarkan, dengan lebih dari 300,000 orang cuba untuk membeli tiket, yang menyebabkan pelayan Interpark sentiasa tutup sepanjang lima minit itu.[12][13] Untuk konsert ini ahli-ahli menggayakan gaya baru, dengan Andy mengenakan rupa 'Putera Greek'; dan Jun Jin dan Hye-sung mengenakan warna rambut perang berlainan tona.[14]

Tiket untuk dua hari persembahan Grand Finale di Seoul, telah mula dijual pada pukul 20:00 pada 12 Jun 2013 di laman sesawang Interpak.[15] 27,000 tiket untuk dua konsert tersebut telah sekali lagi habis terjual dalam tempoh lima minit selepas pelancaran dengan pelayan laman sesawang tersebut tidak berfungsi selepas tujuh minit.[16][17] Menjelang konsert akhir pada 4 Ogos, ahli-ahli Shinhwa telah mengadakan satu sidang akhbar.[18] Mereka bercakap tentang rencana mereka untuk aktiviti solo untuk mengisi baki-baki tahun tersebut, dan kejayaan album ke-11 dan jelajah konsert. Konsert Grand Finale juga mengandungi video parodi yang dilakonkan sendiri oleh Shinhwa yang diambil dari filem Nameless Gangster: Rules of the Time (2012).[19][20]

Siri jelajah Asia

Pada permulaan siri jelajah, Shinhwa Company mengumumkan kalung peringatan untuk ulang tahun ke-15, yang bernama "Forever", akan dijual di setiap lokasi, bermula dengan konsert Hong Kong. Reka bentuk kalung itu adalah sama seperti yang dipakai oleh Kim Dong-wan dan Jun Jin dalam video muzik "This Love". Shinhwa akan menderma sebahagian dari hasil jualan kalung ini kepada bandar lokasi konsert, sebagai tanda penghargaan kepada sokongan peminat.[21][22]

Konsert di Hong Kong menandakan pertama kalinya dalam kerjaya 15 tahun sebagai Shinhwa, yang mereka telah mengadakan konsert di kota itu. Ia dihadiri oleh 15,000 orang dan Shinhwa mempersembahkan lagu-lagu hit mereka seperti "Only One", "Hey, Come On,", "Perfect Man", "Wedding" dan "Brand New" serta lagu baru, "This Love" dan "That's Right", "New Me", "Acquainted Guy" dan "Love Song", dari album 2013 mereka The Classic.[23]

Rujukan

WikiPedia: Grand Tour: The Classic (siri jelajah konsert) http://star.fnnews.com/news/index.html?no=214152 http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://koreajoongangdaily.joinsmsn.com/news/articl... http://koreajoongangdaily.joinsmsn.com/news/articl... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20130130000... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20130215000... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20130318000... http://enewsworld.mnet.com/enews/contents.asp?idx=... http://enewsworld.mnet.com/enews/contents.asp?idx=... http://enewsworld.mnet.com/enews/contents.asp?idx=...